Peranti pelbagai guna

- Advertisement -

Memiliki peranti mudah alih seperti laptop pada masa kini sudah menjadi kemestian kerana ia bukan saja memudahkan kerja rutin malah setiap tugasan boleh dibuat di mana saja tanpa mengira masa serta waktu.

Untuk itu, Microsoft Surface Pro 8 adalah ‘peneman’ paling sesuai untuk pengguna yang mahukan peranti nipis, mudah guna, keupayaan spesifikasi yang baik bagi semua tugasan serta jangka hayat bateri sepanjang hari.

Perkara pertama yang menjadikan Microsoft Surface Pro 8 adalah peneman paling sesuai adalah saiz skrin yang luas di samping tona warna  hidup sesuai untuk semua lapisan pengguna.

Untuk spesifikasinya, Microsoft Surface Pro 8 didatangkan dengan cip pemproses Intel Core i5-1135G7 ataupun variasi Intel Core i7-1185G7 bersama sokongan Intel Irix XE Grafik untuk menugasan berat.

Saiz skrin yang berukuran 13 inci dengan resolusi 2,880 x 1,920 juga memberi kelebihan kepada pengguna untuk melaksanakan tugasan dengan saiz skrin yang besar.

Peranti ini turut didatangkan dengan pemilihan spesifikasi memori (RAM) bermula daripada 8Gb, 16GB dan 32GB bersama-sama sokongan storon bermula 512GB hingga 1TB.

Microsoft Surface Pro 8 ini menyokong dua sambungan Thunderbolt 4 USB-C, bicu audio, sambungan luar unit pemproses grafik GPU bersama-sama sokongan HDD.

Peranti ini juga sangat sesuai untuk pengguna yang sering bergerak memandangkan Microsoft Surface Pro 8 ini sangat ringat dan mudah untuk dibawa.

Jangka hayat baterinya juga begitu mengagumkan biarpun sudah menggunakannya secara optimum, namun ia kekal bertahan sepanjang hari.

Penulis juga menguji untuk melakukan suntingan video menerusi peranti ini, ternyata ia tidak menghadapi banyak masalah dan setiap suntingan boleh dilakukan dengan baik.

Microsoft Surface Pro 8 ini boleh dikatakan sebagai peranti ‘all rounder’ bermula daripada tugasan biasa sehingga kepada penugasan kompleks, peranti berkenaan mampu untuk melaksanakan tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi

• Pemproses: Intel Core i5 / Intel Core i7 Generasi Ke-11

• RAM: 8GB hingga 32GB

• Storan: 512GB hingga 1TB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat