Lima Ahli Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi Diberkas, Tiga Lori Dirampas

- Advertisement -

PONTIAN – Lima ahli sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota melakukan serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Api-Api, dekat sini.

Hasil serbuan itu, tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berusia antara 32 hingga 66 tahun ditahan.

“Pihak polis berjaya merampas tiga buah lori yang sudah diubah suai dengan tangki tambahan kosong berkapasiti 2,000 liter dan sebuah pikap diubah suai dengan tangki tambahan mengandungi minyak diesel bersubsidi berisi padu kira-kira 800 liter.

“Turut dirampas sebuah tangki besi mengandungi minyak diesel bersubsidi berisi padu kira-kira 20,000 liter serta 15 tangki kosong berkapasiti 1,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Shofee, barang -barang yang turut ditemukan dan dirampas di stor itu adalah sebuah buku resit, lima keping resit dan dua buku rekod jual beli minyak diesel bersubsidi dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM80,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama peraturan 3(1) Peraturan – Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000,000 dan denda tidak melebihi RM3,000,000 bagi kesalahan berikutnya atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes juga disisat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 terhadap dua warga asing kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak lebih daripada enam kali jika disabitkan kesalahan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat