10 juta tonton drama Bisik-Bisik Gelora di TV3

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melabuhkan tirai, drama bersiri Bisik-Bisik Gelora yang mengisi slot Akasia di TV3 sejak 21 Mei lalu, merekodkan 10 juta penonton sepanjang 35 episod naskhah ini disiarkan.

Drama yang menampilkan gandingan hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose turut mencapai 752 juta interaksi dalam media sosial mengikut sumber penarafan Nielsen 2022 dan Meltwater bagi tempoh Mei hingga Jun lalu.

Bisik-Bisik Gelora yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari arahan Riza Baharudin, berkisar percintaan antara pemuda kampung, Jad dan gadis liar dari bandar, Arumi yang terpaksa berkahwin selepas ditangkap basah.

Biarpun pada permulaan, jalan ceritanya dianggap biasa, namun penonton terus memberi sokongan dari minggu ke minggu hingga Bisik-Bisik Gelora melabuhkan tirainya.

 

Maklum balas penonton menerusi laman sosial menunjukkan sangat berpuas hati pengakhiran drama Bisik-Bisik Gelora lakonan Redza dan Raysha. - Foto Ihsan TV3
Maklum balas penonton menerusi laman sosial menunjukkan sangat berpuas hati pengakhiran drama Bisik-Bisik Gelora lakonan Redza dan Raysha. – Foto Ihsan TV3

 

TV3 dalam kenyataan menyebut, maklum balas penonton menerusi laman sosial menunjukkan mereka sangat berpuas hati dengan pengakhiran drama berkenaan.

“Pengakhiran drama ini membawa kelainan dan penonton memuji barisan pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing seperti Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi dan Afifah Nasir.

“Sokongan memberangsangkan ini amat dihargai dan TV3 akan sentiasa memberi drama berkualiti dan terbaik untuk penonton setia,” kata kenyataan itu.

Peminat yang ingin menonton semula atau terlepas drama hangat yang baru melabuhkan tirai ini, 35 episod drama ini boleh didapati di laman penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3, layari www.xtra.com.my. Ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat