Menteri UMNO dikecam rahsiakan pembatalan darurat daripada parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikritik kerana merahsiakan pembatalan Ordinan Darurat daripada pengetahuan parti.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, pembatalan Ordinan Darurat diputuskan oleh Kabinet pada 21 Julai namun, UMNO langsung tidak dimaklumkan.

 

“Alih-alih Takiyuddin umum Ordinan Darurat sudah semua dibatalkan pada Rabu 21 Julai 2021.

“Keputusan Jemaah Menteri!

“Tapi menteri-menteri UMNO tak ada nak maklum kepada pucuk pimpinan parti berita baik ini,” kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu.

Bidas Shahrir apabila dapat jawatan tinggi, minta restu parti, namun apabila ada berita penting tak kongsi dengan parti.

“Bila dapat jawatan tinggi, minta restu parti.

“Berita penting tidak pula dikongsikan dengan parti!

“Selamat mereka, tidak perlu letakkan jawatan,” ujar Shahrir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat