Pesawat Penumpang Iran Mendakwa “Diganggu” Jet Pejuang US

- Advertisement -

< div align="justify">

IRAN: Beberapa orang cedera setelah juruterbang pesawat sebuah syarikat penerbangan Iran, membuat pergerakan mengejutkan untuk mengelakkan perlanggaran dengan jet pejuang AS, kata media Iran.

Badan kehakiman Iran mengatakan penumpang pesawat Mahan Air milik negara itu yang “diganggu” oleh jet pejuang AS ketika dalam penerbangan ke Syria, boleh membuat tuntutan gantirugi dari “tentera pengganas Amerika” di mahkamah Iran.

Media Iran pada hari Jumaat mendakwa, beberapa penumpang dalam penerbangan dari Teheran ke Beirut berkenaan, cedera dalam kejadian yang berlaku pada hari Khamis itu, setelah juruterbang bertindak cepat mengubah ketinggian pesawat untuk mengelakkan perlanggaran dengan jet F15 tentera Amerika Syarikat.

“Semua penumpang dalam Penerbangan Mahan Air 1152 – sama ada warganegara Iran atau tidak, boleh menuntut dari tentera AS dari komander, juruterbang, penyelia dan timbalan mereka – di mahkamah Iran atas kerosakan moral dan fizikal,” Ali Bagheri-Kani, ketua kehakiman bagi pejabat hak asasi manusia Iran, seperti dipetik oleh agensi berita separa rasmi ILNA.

Beliau turut mengatakan bahawa pengadu juga boleh mengambil tindakan undang-undang antarabangsa melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) – agensi PBB yang mengawasi selia penerbangan awam antarabangsa.

Tentera AS bagaimanapun mengatakan bahawa pesawat pejuang F-15 mereka berada pada jarak yang selamat dan juruterbang hanya melakukan pemeriksaan visual, ketika pesawat itu melalui ruang angkasa di sebuah kawasan di Syria, yang menempatkan tentera AS – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat