24 Pendatang Rohingya Dikhuatiri Lemas

Sathianathan Harap Kerajaan Benar Liga-M 2021 Berlangsung

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021...

Sektor Perniagaan Di Sibu Perlu Pohon Permit Perjalanan Berkaitan Tugas

SIBU: Sektor perniagaan di sini perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu. Jawatankuasa...

Pakar Perubatan Kanada Dakwa Ubat Gout Mampu Ubati COVID-19

OTTAWA: Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa telah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit...

Pesawat Bawa Pemain, Presiden Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas

BRASILIA: Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins. Dalam satu kenyataan pada...

Eurocham Malaysia Gesa Komuniti Perniagaan Patuhi SOP Elak Aktiviti Ekonomi Ditutup

KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) berkata komuniti perniagaan harus memandang serius terhadap laporan media...

Langkawi – Dua puluh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat pulau ini kira-kira 8 malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Mohd Zawawi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berdasarkan maklumat polis selepas seorang pengadu yang juga seorang PATI memaklumkan beliau terjun dari sebuah bot bersama 24 mangsa ketika kejadian.

Zawawi berkata, pengadu yang dikenali sebagai Nor Hossain, 27, turut mendakwa hanya beliau yang terselamat selepas berenang ke daratan.

“Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi mengatur gerak sebuah aset laut bot Pelindung 2 ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut pada 10.30 malam tadi.

“Operasi CARILAMAT hari ini diteruskan melibatkan 2 aset laut kapal KM GAGAH dan bot Pelindung 2 serta sebuah helikopter Agusta Westland AW139 merangkumi sektor carian seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Langkawi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zawawi berkata, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menyalurkan maklumat kejadian kepada agensi penyelamat yang lain termasuk komuniti nelayan setempat dan pihak berkuasa Thailand melalui Pusat Penyelaras Penyelamat Maritim Maritime Rescue Coordinator Center (MRCC) Putrajaya bagi membantu pencarian mangsa.

“Komuniti maritim boleh melaporkan tentang sebarang petunjuk atau penemuan mangsa di laut atau di pesisir pantai kepada pasukan penyelamat menerusi talian 999 ataupun menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 atau 04-966 5307,” katanya.

Zawawi berkata, pengadu (Nor Hossain) kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Sektor Perniagaan Di Sibu Perlu Pohon Permit Perjalanan Berkaitan Tugas

SIBU: Sektor perniagaan di sini perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu. Jawatankuasa...

COVID-19: Rekod Tertinggi 4,427 Kes Sembuh, Kes Aktif Menurun – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR - Pesakit sembuh daripada COVID-19 di negara ini mencatat jumlah tertinggi hari ini dengan 4,427 kes sekali gus mengatasi bilangan kes baharu,...

PKRC MAEPS Masih Mampu Tampung Pesakit Bergejala Rendah

SHAH ALAM, 24 Jan -- Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung...