Malaysia-Singapura Bersetuju Pergerakan Rentas Sempadan Bersyarat

- Advertisement -

JOHOR BHARU: Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura menerusi 2 inisiatif – Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala.

Persetujuan dicapai setelah pertemuan Menteri Luar Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn yang bertemu secara bersemuka dengan Menteri Luar Singapura TYT Dr Vivian Balakrishnan disini hari ini.

“Ada 4 kategori yang telah dicadangkan dicadangkan untuk pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura ini. RGL dan PCA ialah kategori pertama dan kedua. Untuk kategori ketiga iaitu pergerakan rentas sempadan harian dan kategori keempat iaitu buka sempadan sepenuhnya; rundingan dengan Singapura akan terus diadakan untuk memuktamadkan SOP, kata Hishammuddin pada sidang media sebentar tadi.

“Terlalu banyak SOP yang perku dikaji dan perhalusi dengan mengambil kira keupayaan melaksanakan ujian saringan serta kemudahan perubatan melibatkan kedua-dua buah negara.

“Bukan mudah, kerana melibatkan 200,000 orang sehari, Kita mementingkan keselamatan kerana sejak beberapa hari ada peningkatan kes positif Covid-19 tempatan seperti yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, ujar Hishammuddin.

“SOP pelaksanaan juga telah dimuktamadkan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bermula 10 Ogos, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat