‘Saya Ambil Peduli’, PM Buat Tinjauan Mengejut Di Pasaraya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan tinjauan mengejut bagi memantau harga barang terkini disebuah Pasaraya.

Tinjaun mengejut katanya sebagai tanda peduli mengenai situasi harga barang terkini.

Tegasnya, beliau akan kerap melakukan tinjauan mengejut selepas ini bagi mempastikan para peniaga tidak melakukan pencatutan harga.

”Saya ambil peduli, saya periksa (check) dan saya lihat sendiri,

”Sekarang saya berada di sebuah Pasaraya di tengah Ibu Kota bagi tinjaun secara mengejut untuk pantau harga barang terkini.” Katanya melalui catatan Instagramnya.

Turut sama dalam tinjauan mengejut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, kata Perdana Menteri lagi, beliau bertanya sendiri kepada pembeli yang hadir di sana memandangkan hari minggu pasti ramai ahli keluarga mengambil kesempatan untuk membeli barangan keperluan.

Terdahulu pada Jumaat, Perdana Menteri mengarahkan agar harga ayam tidak diapungkan dan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung tidak dinaikkan. -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat