PM tidak puas hati, harga ayam naik walau telah diberi subsidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) mengambil tindakan tegas jika peniaga melakukan pencacutan harga yang melampau.

Tegasnya, beliau sendiri akan melakukan banyak tinjauan mengejut selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai depan.

Sementara itu, Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pemborong menjual ayam pada harga RM8.90.

Jelasnya, kerajaan masih memberi harga yang disubsidi sehingga 30 Jun ini.

“Ayam misalnya, kita masih beri subsidi hari ini sampai 30 Jun. Saya tidak faham kenapa pemborong jual pada harga RM8.90. Sebelum 30 Jun, masih lagi harga yang disubsidi oleh kerajaan, tidak sepatutnya sampai RM8.90 daripada pemborong kepada peruncit.
“… sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan,

“Saya harap Mafi boleh ambil tindakan dan KPDNHEP juga boleh mengenakan tindakan tegas kalau ada pencatutan yang melampau.”katanya selepas melalukan tinjauan mengejut disebuah Pasaraya di Ibu Kota, pada Sabtu. -SUARATV

BACA LAGI:

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat