Penubuhan GKMM iktiraf peranan wartawan – Fahmi

- Advertisement -

KUCHING — Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) mampu memberi fokus kepada isu-isu kebajikan yang dihadapi oleh pengamal media di negeri masing-masing.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan penubuhan GKMM sangat signifikan bersempena pelaksanaan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.

“Bagi saya (penubuhan GKMM) yang membabitkan 14 kelab media suruh Malaysia ini memang kena pada tempatnya dan tepat pada masanya kerana dalam edisi HAWANA tahun ini, kita bercakap tentang kelestarian.

“Dengan adanya GKMM yang dapat membantu menyelaras kelab-kelab di semua negeri di Malaysia, kita akan dapat memberi perhatian sama ada kepada isu-isu kebajikan atau isu-isu yang dihadapi oleh pengamal media di negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas pelancaran GKMM di sini malam tadi.

Dalam majlis yang sama Fahmi berkata pihaknya turut melihat terdapat ruang untuk GKMM terbabit dalam memuktamad Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia yang kini di peringkat akhir sebelum dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

“Pada waktu ini, pasukan protem Majlis Media telah terbentuk dan ada jawatankuasanya, (jadi) kita (kementerian) tidak campur dalam urusan itu.

“Memandangkan kita dalam fasa akhir sebelum kita bawa rang undang-undang itu ke Parlimen, saya rasa ada ruang untuk kita babitkan GKMM sama seperti badan-badan lain seperti NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan) dan MPI (Institut Akhbar Malaysia) supaya suara pengamal media dapat kita kumpulkan dalam Majlis Media Malaysia nanti,” katanya.

Bersempena pelancaran penubuhan GKMM, Fahmi turut mengumumkan peruntukan permulaan sebanyak RM20,000 kepada GKMM bagi melaksanakan aktiviti dan sebagainya.

“GKMM boleh menjadi rakan strategik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai pengelola Tabung Kasih @HAWANA dalam membantu pengamal media yang memerlukan atau ditimpa musibah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat