Konsert “Dato M.N45IR CIPTA” mahakarya mengisi jiwa pada 10 Ogos ini.

- Advertisement -

Satu persembahan maestro musik yang di ‘CIPTA’ untuk memukau setiap penonton yang hadir menyaksikan persembahan tersebut, Konsert yang bakal berlangsung pada 10 Ogos 2024 itu diberi judul “CIPTA” M.N45IR, Judul yang ringkas tetapi cukup sampai ke dalam jiwa daripada lagu lagu insan seni yang bernama M.Nasir.

Siapa yang tidak mengenali beliau? seorang ‘Sifu’, ‘Arkitek’, ‘Maestro’ dan semua yang berkaitan dan sentuhan beliau bakal menjadi sebuah mahakarya dan segala ciptaannya sentiasa menjadi hit dipasaran tidak kira dalam apa genre musik.

M.nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed sentiasa mencipta karya-karya hebat, luar biasa dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik.

Maka dengan itu apabila CIPTA dipilih sebagai konsert julung kali dari M. Nasir yang diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kosert DATO’ M.N45IR  “CIPTAdibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

“Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara.

“Tapi menerusi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan.

“Menerusi DATO’ M.N45IR  CIPTA, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.

“Dan di DATO’ M.N45IR  CIPTA, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Iman Tang dari Icon Entertainment.

Sebagai seniman sejati, M Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’.

Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR  CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

“Tujuan saya untuk menghiburkan dan membuat mereka pulang dengan gembira serta mengisi jiwa mereka dengan lagu lagu saya, itu cukup buat saya gembira” Ujar Dato M.nasir

Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan. 

Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya. 

27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda.

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR  CIPTA

TARIKH: 10 OGOS 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

PEMBELIAN TIKET: www.ticket2u.com.my



-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat