YBR adakan program Future Tech tingkatkan pendidikan digital

- Advertisement -

AYER KEROH — Seramai 270 pelajar di sekitar Melaka menyertai Program Future Tech dalam usaha meningkatkan kemahiran asas robotik serta mengingtegrasikan teknik pengaturcaraan melalui konsep tenaga lestari.

Program yang dilaksanakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) itu yang turut melibatkan 20 orang guru dan dijalankan selama tiga hari dua malam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, program tersebut mampu meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecekapan terhadap pengaturcaraan, mengaplikasikan kemahiran pemikiran komputasional dan ‘Internet of Things’ dikalangan peserta melalui modul robotik, dron dan solar.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menaja program pendidikan teknologi digital ini dan diharapkan ia menjadi pemangkin transformasi masyarakat luar bandar ke arah teknologi.

“Saya berharap lebih banyak program sebegini dapat dilaksanakan dimana ia sekali gus dapat memberi impak kepada dunia digital terumanya di Malaysia,” katanya di MITC Hotel Ayer Keroh baru baru ini.

Majlis yang perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut dihadiri, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mohd Ghazali Ahmad.

Dalam majlis yang sama, Pengurus Besar YBR, Saiful Rizal berkata bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing, program yang melibatkan pendidikan digital harus didedahkan kepada pelajar seawal sekolah rendah bagi memastikan penguasaan ilmu berteraskan digital dapat dimaksimumkan.

Tambah beliau lagi, program berunsurkan robotik ini amat bersesuaian dengan perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat serta bertepatan dengan revolusi industri 4.0 di dalam negara.

“YBR amat menitikberatkan pendidikan dan melalui program ini diharapkan pelajar- pelajar mendapat sedikit pendedahan penggunaan Artificil Intelligence (AI) serta menambah minat mereka dalam pengaturcaraan robotik, dron dan solar.

Syaiful turut menambah, dengan kerjasama bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga memberi kesan positif terhadap penyertaan pelajar dalam mempelajari dan mendalami arena robotik.

Sementara itu di dalam majlis sama, YBR turut mengadakan pelancaran Program Tuisyen Rakyat negeri Melaka yang melibatkan 10 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Usaha ini bagi membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang berada di sekolah di kawasan luar bandar serta sekolah yang mempunyai ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan.

Program Tuisyen Rakyat di negeri Melaka ini melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 dan melibatkan 10 buah sekolah di sekitar Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat