Siasatan PN terkait dana judi belum digugur, henti tohmah PM – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan siasatan kes berhubung dana judi yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) belum dihentikan atau digugurkan.

Sebaliknya jelas beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya telah menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang telah diperoleh setakat ini adalah bersifat umum.

“Saya ingin menegaskan bahawa jawapan yang saya berikan dalam Dewan Rakyat bagi pihak SPRM tidak menyatakan bahawa apa-apa siasatan berkenaan dengan dakwaan berhubung perkara ini telah dihentikan atau digugurkan.

“Dalam hal ini, SPRM sebagai badan yang bebas dan berkecuali tentu sekali akan dan berhak menjalankan siasatan-siasatan berkaitan dan membuka fail siasatan sebagaimana perl mengikut Aka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa berdasarkan kepada maklumat dan juga bukti yang diperolehi dari semasa ke semasa,” jelas Azalina dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa yang sama ujar beliau, adalah penting untuk ditegaskan bahawa selain SPRM, terdapat juga agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan ole mana-mana entiti.

“Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa (“time limit”) untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah,” jelasnya lagi.

Justeru, Azalina mengingatkan adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan yang telah beliau berikan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas dalam Dewan Rakyat berhubung dengan hal ini mahupun membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menyeru semua pihak menghormati prinsip “rule of law”, dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberi di Dewan Rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina menyatakan pada 25 Mei 2023, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari telah mengemukakan pertanyaan lisan di Dewan Rakyat tentang status siasatan terhadap dakwaan bahawa terdapat parti-parti di dalam PN yang mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen pilihan raya mum yang lepas.

“Dalam jawapan bertulis SPRM
yang telah saya kemukakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), telah dinyatakan bahawa SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.

“Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” kata Azalina.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat