Pembeli Aspire Residence gesa KPKT pastikan SPNB kotakan janji

- Advertisement -

CYBERJAYA: Wakil pembeli pangsapuri Aspire Residence Cyberjaya menggesa Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memastikan pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengotakan janji menyiapkan projek tersebut seperti dijanjikan.

Gesaan itu dibuat susulan terdapat laporan mengatakan pemaju perumahan Aspire Residence Cyberjaya, SPNB Aspirasi Sdn Bhd, berdepan perbicaraan penggulungan syarikat (winding up) setelah gagal melunaskan pampasan sebanyak RM31,549,807.67 seperti mana yang diputuskan oleh timbang tara industri dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wakil pembeli projek perumahan tersebut juga menuntut Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu memastikan projek yang telah sekian lama dibini itu dapat disiapkan seperti yang dijanjikan.

“Wakil pembeli Aspire Residence juga menuntut agar pihak berwajib seperti KPKT serta Pejabat Ahli Parlimen Sepang mengambil serius untuk memastikan pihak SPNB mengotakan janji mereka kali ini setelah beberapa kali dimungkiri sejak bertahun lalu,” kata kenyataan tersebut.

Wakil pembeli Aspire Residence juga menjelaskan pihaknya hanya menumlukan usaha terhadap tuntutan agar projek itu dapat disiapkan dan diserahkan seperti yang dijanjikan.

“Wakil pembeli Aspire Residence Cyberjaya dengan ini menegaskan bahawa mereka hanya menumpukan usaha terhadap tuntutan untuk projek perumahan tersebut disiapkan segera dan diserahkan pada September 2023 sepertimana kenyataan Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa pada April 2023 baru-baru ini,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Pengerusi SPNB yang baharu, Datuk Husam Musa memaklumkan projek tersebut hanya dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini (2023).

Projek perumahan Aspire Cyberjaya dijangka akan berada dalam keadaan kritikal sekiranya sekiranya SPNB Asprasi gagal mengenepikan saman penggulungan ini.

Ia menimbulkan persoalan sama ada kontraktor sedia ada akan mendapat bayaran daripada SPNB Aspirasi untuk meneruskan projek perumahan kategori sakit ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat