KJ iktiraf Ahmad Maslan sebagai pemimpin UMNO ‘muka tebal’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengiktiraf Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai pemimpin UMNO yang muka tebal.

Khairy mengulas saranan Ahmad beberapa hari lepas yang menyeru ahli-ahli UMNO mengundi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos depan di Podcast ‘Keluar Sekejap’ pada Khamis semalam.

“Dia memerlukan seseorang yang mukanya sangat tebal untuk meludah ke langit tahap dewa maca mini,

“Dan I think Mat Maslan is the guy lah sebab orang lain dia mungkin ada ‘self awareness’ (kesedaran diri) untuk tidak membuat kenyataan seperti ini,

“Tetapi dia berani buat, dan saya pun boleh bayangkan dia buat dengan muka selamba je, confirm muka je eh you sokong DAP, but at lest now it’s in the open, now benda ini sudah tersebar luas.” sindir Khairy kepada Ahmad.

Khairy juga bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia menasihatkan agar seruan kempen kepada ahli UMNO dibuat dengan cara ‘subtle’ (halus) kerana UMNO ini dalam gabungan kerajaan perpaduan.

Menurutnya kaedah halus boleh digunakan pakai untuk menyeru ahli-ahli UMNO untuk mengundi DAP contohnya “tolong sokong calon yang mewakili kerajaan perpaduan”.

“Kalau kita masa kempen nanti kaka kata okey demi kestabilan politik kita dah buat keputusan untuk tidak bertembung,

“Sokonglah calon yang mewakili kerajaan perpaduan ya, that one (itu) boleh terima lah,

“Ini tiba tiba direct (secara langsung) kata, eh orang UMNO sokong DAP.” Kata Khairy lagi.

Dalam pada itu, Shahril Hamdan yang bersama Khairy dalam segmen Keluar Sekejap juga sempat menyampuk dengan kenyataannya “so rumusannya KJ, every party needs a Mat Maslan (sebagai rumusannya KJ, setiap parti politik memerlukan orang seperti Ahmad Maslan).

Terdahulu,  semua 3.5 juta ahli Umno perlu sedia mentaati arahan parti termasuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang terpilih mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ahli parti perlu mengetepikan sentimen masing-masing dan sedia memberi undi kepada rakan kongsi untuk meneruskan kestabilan kerajaan sedia ada.

“Apabila kita sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka kita hendaklah mengikut disiplin parti dengan memastikan arahan parti dituruti.

“Memanglah undi itu rahsia tapi gesaan saya ialah bukan atas nama DAP bukan atas nama parti-parti tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.

“Jadi sentimen-sentimen yang ada pada diri kita hendaklah kita tinggalkan kerana dinamika politik Malaysia ini begitu hebat.Kita lihat apa yang berlaku sudah berlaku dan kita inginkan kestabilan,” katanya di Shah Alam pada Jumaat minggu lepas.-SUARATV

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat