Dua Pembantu Kesihatan Ditahan Disyaki Rasuah Urusan Pengurusan Jenazah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Dua pembantu kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM15,000 seorang bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah.

Sumber berkata, dua lelaki berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.45 petang tadi ketika masing-masing hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, kedua-dua suspek yang berkhidmat di sebuah hospital di negeri ini dipercayai meminta dan menerima suapan RM300 bagi setiap jenazah diuruskan daripada individu tertentu.

Difahamkan, ia sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan dua suspek itu untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat