PKPD: Tiga Lelaki Rentas Negeri Untuk Bersiar-siar, Lakukan Khianat Ditahan

- Advertisement -

TANJUNG MALIM: Dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas merentas negeri dengan memotong kawat duri di laluan tikus di jambatan sempadan Ulu Bernam-Tanjung Malim, Kampung Lambak, dekat sini, pada Selasa.

Mereka dikesan sepasukan polis yang melakukan pemantauan Op COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Hulu Bernam Timur itu kira-kira jam 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 53 tahun itu mengaku memotong dawai yang mengikat kawat duri untuk melintas dari Changkat Asa, Ulu Bernam ke kawasan itu untuk bersiar-siar.

“Semakan mendapati seorang lelaki warganegara Indonesia telah tinggal lebih masa, seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan seorang lelaki tempatan mempunyai rekod lampau Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas kawat duri dan di bawah Seksyen 269 akta yang sama.

Sulizmie Affendy berkata kompaun bernilai RM5,000 telah dikeluarkan ke atas lelaki tempatan di bawah Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Beliau menambah, dua warga Indonesia pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu hari ini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat