LIM GUAN ENG MENUNGGANG KEJAYAAN TRX – NAJIB RAZAK

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan Lim Guan Eng gagal membawa sebarang pelaburan kepada Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dan hanya ‘menunggang’ usaha BN.

Menurut Mohd Najib, “tiada pelaburan yang masuk di TRX walaupun bekas Menteri Kewangan banyak kali merasmikan bangunan-bangunan dan ibu pejabat korporat baharu yang telah siap dan mewujudkan peluang pekerjaan.”

Dalam hantaran di Facebooknya, Najib menyenaraikan pelaburan ke dalam TRX sebelum Pilihan Raya Ke-14.

Antaranya, Lend Lease (Australia), HSBC (United Kingdom/HK), CCCG (China), Veolia (Itali), Prudential Group (United Kingdom), Exchange 106 (Indonesia. Kerajaan Malaysia milik 50%), Affin Bank (Malaysia), Tabung Haji (Malaysia), WCT (Malaysia) dan IJM Group (Malaysia).

Secara ironinya, kata beliau, pelabur mana yang hendak melabur dalam sebuah negara yang kononnya sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion walaupun projek TRX ini diiktirafkan pakar sebagai antara projek paling signifikan sejak 10 tahun yang lalu kerana ia merupakan langkah penting untuk mewujudkan pusat kewangan pertama Malaysia.

”Saya harap visi pusat kewangan antarabangsa di negara kita ini akan menjadi realiti pada masa hadapan,” katanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat