Tiga Tempat Khas Rawat PATI Positif Covid-19

- Advertisement -

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengklasifikasian tiga tempat sebagai hospital khusus merawat Covid-19 untuk Pendatang Tanpa Izin (PATI) iaitu Pusat Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Hospital kusta Sungai Buluh dan Wad Bersalin lama Hospital Kuala Lumpur.

Fasiliti ini mampu merawat sekitar 1430 orang pesakit pada satu-satu masa dan dijangka mampu merawat kumpulan kluster PATI.

Dalam masa yang kerajaan telah mengadakan rundingan dengan kedutaan negara yang mempunyai PATI di negara ini untuk proses penghantaran pulang mereka yang telah disahkan negatif. Bagi mereka yang positif rawatan akan diberi sehingga mereka pulih sebelum dihantar pulang.

Ismail Sabri turut menegaskan keputusan menangkap PATI adalah satu tindakan yang tepat bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga kepentingan rakyat negara ini.

“Mereka (PATI) ini melanggar undang-undang negara, maka mereka harus diambil tindakan mengikut undang-undang negara. Dalam masa yang sama tindakan menangkap ini telah menghalang penyebaran Covid-19 kepada kewasan lain dan orang lain.”

Ismail Sabri juga turut meminta masyarakat bertenang kerana jumlah kenaikan positif Covid-19 semalam sebahagian besarnya membabitkan warga negara asing yang tinggal di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat