Bela Mangsa Pemandu Mabuk, Pindaan Akta 1987 Dimuktamad Pertengahan Jun – Wee Ka Siong

Prestasi Bursa Saham Malaysia Pulih, Antara Terbaik Di ASEAN

KUALA LUMPUR – Indeks penanda aras FBM KLCI muncul sebagai indeks berprestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama tahun ini. Ia hanya susut sebanyak 5.5%...

SPRM Soal Siasat KM Pulau Pinang Berkaitan Skandal Terowong Dasar Laut

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar...

Imigresen Buru Warga Asing Rayhan Kabir Susulan Kenyataan Burukkan Malaysia

KUALA LUMPU - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir (foto) bagi membantu...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia.

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta "drive in theatre" yang pertama di Malaysia...

MB Selangor Yakin PKR Cabang Ampang Masih Teguh

KUALA LUMPUR ― Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta ahli PKR Ampang melupakan individu yang meninggalkan parti. Walaupun parlimen Ampang bukan lagi milik...

KIALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan berikrar untuk memuktamadkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 khususnya berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Ia susulan peningkatan kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk sejak akhir-akhir ini.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau sudah pun meneliti semua cadangan berkaitan pindaan ke atas akta itu semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.

”Justeru itu, pada 1 Jun 2020, saya akan memanggil satu sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan akta berkaitan.

”Pindaan Akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambilkira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya yang sangat sedih dengan berita kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk.

Tegasnya, beliau komited dalam memuktamadkan pindaan akta itu demi memberi pembelaan kepada mangsa korban kemalangan maut dan menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa.

Dalam kenyataan sebelum ini, Ka Siong berkata, kementerian itu memandang serius isu tersebut dan meminta pihak JPJ untuk meneliti semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) berhubung perkara ini.

”Akta ini akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain ini dapat dikenakan hukuman yang lebih berat sekaligus memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Pada masa yang sama, Seksyen 45 dan 45A yang berkaitan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan masing-masing juga akan diteliti semula.

Pada ketika ini, mengikut Seksyen 44 (1) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah yang menyebabkan kematian atau kecederaan hanya dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Prestasi Bursa Saham Malaysia Pulih, Antara Terbaik Di ASEAN

KUALA LUMPUR – Indeks penanda aras FBM KLCI muncul sebagai indeks berprestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama tahun ini. Ia hanya susut sebanyak 5.5%...

SPRM Soal Siasat KM Pulau Pinang Berkaitan Skandal Terowong Dasar Laut

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar...

Imigresen Buru Warga Asing Rayhan Kabir Susulan Kenyataan Burukkan Malaysia

KUALA LUMPU - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir (foto) bagi membantu...