KLCC Bayar Gaji Minimum RM2,500

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menawarkan gaji minimum RM2,500 untuk kakitangan sepenuh masanya.

Ini bermakna 40 peratus lebih daripada yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa pada 1 Mei 2022.

Pengurus Besar KLCC, Alan Pryor, berkata, semakan gaji minimum itu dibuat berdasarkan peningkatan kos sara hidup di Kuala Lumpur.

“Pasukan pekerja adalah aset terbesar kami dan apabila kami meneruskan perniagaan dalam kapasiti penuh selepas dua tahun, keputusan ini adalah tepat pada masanya.

Pryor juga berkata, sektor hospitaliti menghadapi kekurangan tenaga kerja yang besar ketika Malaysia mengalu-alukan acara antarabangsa dan pelancong asing ke negara ini.

”Selepas Covid-19, kami berhadapan dengan pengurangan rantaian bekalan, tenaga kerja dan persaingan sengit di peringkat tempatan dan serantau.

”Dasar gaji dan pampasan yang lebih baik perlu dilaksanakan di seluruh industri untuk menarik bakat baharu dan meningkatkan semangat kakitangan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Pryor menambah, KLCC sedang giat mengambil pekerja sambilan untuk menyertai Program Dutanya yang menyediakan kursus asas pengendali makanan percuma, elaun latihan penyegaran, caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, jadual kerja fleksibel, pakaian seragam, makan bertugas dan elaun pengangkutan syif malam.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, KLCC berkata, ia sedang bersedia untuk menganjurkan 117 acara perniagaan dan hiburan sehingga Disember 2022 ini.

Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat