Parti Keadilan Rakyat rancang kenakan undang-undang anti lompat parti ke atas Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi bayangan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, boleh dianggap melompat parti sekiranya beliau tidak menafikan kenyataan yang didakwa menyatakan hasrat bertanding pada PRU16 bukan atas tiket PKR.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung parti bertarikh 23 Februari 2026. Surat berkenaan merujuk kepada laporan temu bual eksklusif Rafizi bersama Sin Chew Daily pada 21 Februari 2026.

Dalam surat tersebut, PKR meminta Rafizi mengemukakan penjelasan bertulis dalam tempoh lima hari bagi mengesahkan pendirian beliau berhubung kenyataan itu serta hasratnya terhadap keanggotaan parti.

Menurut parti, berdasarkan Fasal 9 Perlembagaan PKR, pelucutan keanggotaan boleh berlaku sekiranya seseorang ahli mengisytiharkan keluar parti. Justeru, jika kenyataan tersebut benar, ia boleh ditafsirkan sebagai pengisytiharan keluar parti secara sendiri.

PKR turut menegaskan bahawa kegagalan memberi respons dalam tempoh ditetapkan akan dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan terhadap tafsiran berkenaan. Keputusan lanjut mengenai status keanggotaan Rafizi akan dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat