MCMC Perkenal Standard Mandatori Baharu Pendaftaran SIM Prabayar, Perketat Kawalan Bagi Kekang Penipuan Dalam Talian

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Standard Mandatori baharu pendaftaran SIM prabayar bagi memperkukuh kawal selia dan membanteras penipuan dalam talian.

Langkah itu dilaksanakan selaras Seksyen 55 dan 104(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menutup ruang penyalahgunaan kad SIM untuk tujuan penipuan dan penyamaran identiti.

Standard baharu ini menekankan penggunaan pengesahan biometrik dan MyDigital ID untuk pendaftaran kendiri, platform automatik selamat bagi mengelakkan pendaftaran palsu serta kawalan lebih ketat terhadap pendaftaran bukan warganegara termasuk pengesahan pasport berasaskan biometrik.

Antara langkah utama diperkenalkan ialah had pemilikan lima kad SIM bagi setiap individu warganegara bagi setiap penyedia perkhidmatan, manakala bukan warganegara dihadkan kepada dua kad SIM. Pendaftaran kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang, manakala bagi umur 12 hingga 17 tahun perlu didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga. Pengguna juga mesti dimaklumkan status pendaftaran dalam tempoh 12 jam dan tempoh sah SIM pelancong dihadkan maksimum tiga bulan.

MCMC memberi amaran tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan atau pengedar yang gagal mematuhi standard ditetapkan. Orang ramai turut dinasihatkan mendaftar SIM hanya melalui saluran sah dan berlesen.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat