Pengamal media dari 26 agensi dirai oleh Politeknik Ungku Omar

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Seramai hampir 50 pengamal media dari 26 agensi telah diraikan oleh Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai tanda penghargaan di atas liputan berita yang diberikan sepanjang tahun 2024 dalam Majlis Apresiasi Pengamal Media Negeri Perak di Dreamart Cafe Kampus PUO Bercham, dekat sini pada Isnin.

Selain itu, menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat dan memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan serta pihak media.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata pengamal media telah menyalurkan informasi yang memberi manfaat dan jelas kepada masyarakat khususnya mengenai pencapaian dan kejayaan PUO bersama-sama kerajaan negeri berkaitan Perak Sejahtera 2030 khususnya dari segi koridor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas menghadiri majlis itu di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Akademik) PUO, Norman Zamri, dan
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Perak, Yosri Abu Mahsin.

Khairudin berkata, peranan media dalam membantu menyalurkan informasi mengenai PUO wajar dicontohi dan dilaksanakan kepada Institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini.

Terdahulu Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah dalam ucapannya berkata kepentingan kolaborasi antara PUO dan media dapat memperkukuh imej serta keterlihatan institusi pendidikan tinggi.

“Sumbangan yang diberikan dalam mempromosi dan menguar-uarkan agenda, aktiviti PUO amalah dihargai dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dipertingkatkan lagi memandangkan kita mengetahui bahawa TVET merupakan satu agenda penting negara,”katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sumbangan liputan berita media kepada PUO yang telah menunjukkan peningkatan ketara sejak pelantikannya sebagai Pengarah PUO.

“Sijil penghargaan kepada semua agensi media turut disampaikan sebagai tanda penghormatan atas sumbangan mereka dalam menguar-uarkan informasi berkaitan PUO.

“Program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada media, malah membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara PUO dan pihak media dalam menyebarluaskan maklumat mengenai perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia.

“Dengan adanya sokongan media, diharapkan PUO terus dikenali sebagai institusi pendidikan yang berdaya saing dan relevan dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi,”katanya lagi.

Sementalah, Anugerah Liputan Media Tertinggi, iaitu kategori Media Konvensional dan Media Baharu turut diberikan oleh PUO sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media.

Tempat pertama bagi kategori Media Konvensional ialah Kosmo; kedua, Utusan Malaysia; dan ketiga, Jabatan Penyiaran Malaysia, Perak.

Manakala bagi kategori Media Baharu pula, tempat pertama disandang oleh MalaysiaGazette.Com (MG) Perak; kedua, Ipoh Echo; dan ketiga kepada JaPen Perak. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat