Tengku Zafrul akan sumbang pengalaman jayakan agenda reformasi PKR

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menghargai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pucuk pimpinan parti itu selepas melantik beliau sebagai Ex-Officio Biro Politik PKR.

Tengku Zafrul melihat pelantikan selaku Ex-Officio Biro Politik PKR sebagai satu amanah untuk menyumbang pengalaman, memperkukuh parti, dan membantu menjayakan agenda reformasi demi rakyat.

“Terima kasih kepada Presiden PKR Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim dan pucuk pimpinan parti atas kepercayaan ini.

“Saya melihat pelantikan ini sebagai satu amanah untuk menyumbang pengalaman, memperkukuh parti, dan membantu menjayakan agenda reformasi demi rakyat.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin demi parti dan negara,” ikrar bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu.

Selain Tengku Zafrul PKR turut memutuskan beberapa pelantikan jawatan Ex-Officio yang lain iaitu Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari dan Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Menurutnya, tiga individu lain turut dilantik sebagai Ex-Officio MPP PKR, iaitu Datuk Jamawi Ja’afar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat