ICJ arah Israel ambil tindakan cegah genosid di Gaza

- Advertisement -

THE HAGUE – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 29 Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan permohonan kepada ICJ untuk prosiding terhadap Israel, berhubung dakwaan pelanggaran terhadap kewajipannya mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid berkaitan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat