Jangan sampai penjawat awam turun ke jalanan laksana Langkah Putrajaya – Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bersatu menasihatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak menganiaya penjawat awam disebabkan kegagalan kerajaan sendiri.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Razali Idris juga memberi amaran, jangan sampai penjawat awam turun ke jalanan untuk melaksanakan Langkah Putrajaya sebagai protes aman dan menyampaikan hak bersuara mengikut Perlembangaan Persekutuan.

“Jangan aniaya penjawat awam disebabkan kegagalan Kerajaan Perpaduan, jangan sampai penjawat awam turun jalanan bagi Langkah Putrajaya sebagai protes aman dan hak bersuara mengikut Perlembagaan.

“Jangan usik hati nurani penjawat awam dan anak-anak Malaysia yang menzahirkan untuk berkhidmat dalam sektor awam, tetapi kesudahannya apa lagi yang punya tarikan, hanya sekadar lantikan kontrak dan tidak berpencen.

Tegas Ahli Dewan Negara itu, tali yang disimpul mati iaity hak-hak keistimewaan jangan diusik atau dibakar talinya kerana ia mengundang ketidaktenteraman awam.

Razali berkata, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mempunyai hak selaku suara 1.6 juta penjawat awam yang bertegas mahu kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan skim pencen kepada penjawat awam yang baharu dilantik.

Ujar beliau, ketegasan Cuepacs perlu diambil kira secara serius kerana ia melibatkan periuk nasi bakal penjawat awam yang baharu ini.

“Keputusan kerajaan ini telah dilihat sesuatu yang memberi kesan yang boleh menjejaskan sosio-ekonomi penjawat awam untuk tempoh jangka panjang.

“Bersatu selari dengan ketegasan Cuepacs bahawa skim gaji ketika ini masih rendah dan caruman KWSP dilihat tidak membantu simpanan hari tua yang baik.

“Langkah sedemikian adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Beliau menambah, tugas sebenar kerajaan adalah menunjukkan jalan pemulihan ekonomi yang berhemah dan bukannya berhelah seperti sekarang ini.

“Kesegeraan rundingan antara Cuepacs dan kerajaan perlu diambil tindakan tuntas,” gesa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat