Tangkap Layar Hari Kelepasan Am Wilayah Persekutuan Adalah Palsu – JPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi satu kenyataan hari ini menjelaskan satu tangkap layar yang tular di media sosial mengenai pengisytiharan hari kelepas am di Wilayah Persekutuan pada 3 Februari ini adalah palsu.

“JPM ingin merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 (Khamis).

“Sehubungan itu, JPM menegaskan bahawa maklumat yang tertera di atas tersebut (tangkap layar) adalah TIDAK BENAR,” kata kenyataan itu.

JPM menyarankan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu bagi mengelakkan kekeliruan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat