Semua Negeri Ada Pelan Ekonomi Digital Selaras Revolusi Industri 4.0 – Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui MyDIGITAL Corporation telah berkongsi kemajuan pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).

Katanya, mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) Negeri buat kali pertama dipengerusikan beliau itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Sabah, Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap portfolio ekonomi digital, Setiausaha Kerajaan Negeri dan wakil- wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Mustapa memaklumkan mesyuarat itu juga mengambil maklum bahawa semua negeri telahpun mempunyai pelan ekonomi digital yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Tujuan MED4IR Negeri adalah untuk menyediakan satu platform agar perancangan dan pelaksanaan inisiatif ekonomi digital di peringkat negeri dan Persekutuan dapat diselaraskan dengan lebih teratur serta dijajarkan dengan RTEDM dan Dasar Revolusi
Perindustrian Keempat (4IR) Negara.

“Penyelarasan inisiatif-inisiatif negeri adalah bagi mengelakkan pembaziran sumber akibat pertindihan inisiatif dan memastikan mekanisme pelaksanaan inisiatif yang lebih dekat kepada penerima yang disasarkan, selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia”, kata Mustapa.

Selain itu, ujar beliau MED4IR Negeri juga berperanan untuk menggariskan strategi bagi meningkatkan penerimagunaan digital di peringkat negeri.

“Ekonomi digital adalah salah satu pemangkin penting kepada transformasi ekonomi negara.

“Semua negeri telah mengiktiraf perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga selain bekalan air dan elektrik.

“Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik sokongan Kerajaan Negeri bagi memudah cara perancangan pembangunan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi secara menyeluruh di semua negeri,” katanya.

Dalam pada itu Mustapa menambah mesyuarat juga mengambil maklum kemajuan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU).

“PSPSA menjajarkan penerimagunaan kemunculan teknologi baharu akan menyumbang kepada transformasi digital sektor awam.

“Sesi libat urus PSPSA akan dijalankan secara berterusan kepada semua peneraju utama Kementerian, Pejabat SUK Negeri atau Agensi dalam melaksanakan program dan inisiatif pendigitalan,” jelasnya.

Tambah Mustapa, dari segi usaha pendigitalan sektor awam, berikut adalah antara pencapaian terkini sehingga 31 Disember 2021.

“Kedudukan Online Service Index (OSI) Malaysia telah meningkat kepada kedudukan ke-24 untuk tahun 2020, berbanding kedudukan ke-27 pada 2018 dan kedudukan ke-40 pada 2016. Sasaran kedudukan OSI adalah untuk berada pada tangga ke-12 menjelang tahun 2025; Sebanyak 30 daripada 40 agensi kerajaan dan badan berkanun yang disasarkan telah menggunakan platform perkongsian data kerajaan (MyGDX) yang dibangunkan oleh MAMPU.

“Sebanyak 78% kementerian badan-badan berkanun yang disasarkan telah menyediakan pilihan bayaran tanpa tunai; Sebanyak 57% perkhidmatan End to End (E2E) sektor awam yang merangkumi pengunaan tekonologi digital; dan Sebanyak 15 kementerian dan agensi telah mula menerimapakai tandatangan digital,” jelas beliau.

Susulan itu, kata Mustapa Kerajaan Persekutuan mengalu-alukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada kerajaan negeri untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif di peringkat negeri sejajar dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat