KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berharap tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat menstabilkan kes-kes harian dan pihaknya menjangkakan penurunan selepas 27 Jan ini.

“Kita harap dalam tempoh dua minggu PKP ini, kita akan dapat elakkan lonjakan kes.

“Jadi, jangkaan kita kalau kita laksanakan PKP untuk tempoh empat minggu disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk seterusnya, mungkin kita akan capai kembali dua angka pada bulan Mei iaitu pada 11 Mei,” katanya pada sesi taklimat media darurat COVID-19 KKM yang diadakan secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) COVID-19 juga semakin berkurangan daripada 1.2 kepada 1.06 hari ini dan nilai itu dijangka terus menurun pada hari-hari seterusnya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

“Hari ini genap setahun kita berperang dengan pandemik COVID-19. Mantera peperangan kita masih kekal iaitu kita perlukan kepatuhan yang tinggi. Kalau rakyat Malaysia ada kepatuhan yang tinggi, kita tak perlukan PKP pun.

“Tapi sebab kita dah ada kelonggaran pada 7 Dis 2020, ketidakpatuhan itu amatlah tinggi. Jadi, kita kena laksanakan PKP.

“Kita perlukan disiplin tinggi dengan mengelakkan ‘3S’ (sesak, sempit serta sembang dekat) dan mengamalkan ‘3W’ (kerap cuci tangan, memakai pelitup muka dan amaran),” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat