Ketua Setiausaha Negara kuarantin kendiri

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sehingga Ahad ini selepas menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif COVID-19 pada 22 Januari lalu.

Mohd Zuki yang mengesahkan perkara itu dalam laman sosial Facebook pagi ini, memaklumkan kuarantin kendiri itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Walau bagaimanapun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran Perkhidmatan Awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

Sebelum ini, Mohd Zuki dijadualkan mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM dan BERNAMA TV, pada jam 2.30 petang ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat