“Jangan main-main dengan Hamzah”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Elok kerajaan Perikatan Nasional (PN) luluskan sahaja MUDA bahkan tak perlu takut dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,”cadang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Kata beliau memandangkan Bajet 2021 sudah pun lulus malah Tan Sri Muhyiddin Yassin
boleh terus jadi Perdana Menteri sampai darurat ditamatkan yakni pada Ogos.

Terdahulu Puad berkata, dalam afidavitnya di Mahkamah, Syed Saddiq mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin letak syarat mesti sokong Muhyiddin jika mahu pendaftaran parti MUDA diluluskan.

“Syed Saddiq buat tuduhan seriius. Apakah itu cara Muhyiddin mengekalkan kuasa?

“Semoga UMNO tidak tunduk kepada sebarang tekanan. Mungkin ada individu yang takut menerima tekanan seperti itu. Takut didakwa, takut hilang jawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Puad turut mengingatkan, apa pun jangan main main dengan Hamzah.

“Dia sangat berkuasa. Dia Menteri yang jaga PDRM, ROS dan Imigresen.

“Dulu Hamzah melutut dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang Tun (Mahathir) melutut dengan Hamzah untuk daftar PEJUANG.

“Didoakan semoga Hamzah Zainuddin cepat sembuh dan sihat walafiat,” ujar Puad.

Dua hari lalu, dalam satu afidavit mengejutkan yang difailkan di mahkamah, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq mendakwa Menteri Dalam Negeri “memujuknya” supaya menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda pimpinannya diluluskan.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, perkara itu berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Belanjawan ketika beliau membincangkan perkara itu dengan Hamzah kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) berada bawah bidang kuasa Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat