Penutupan Penuh Ekonomi Boleh Diganti Dengan Langkah Lain – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan berkenaan cadangan penutupan penuh aktiviti ekonomi bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, antara yang boleh dipertimbangkan bagi menggantikan penutupan penuh itu ialah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan memperkenalkan panduan lebih jelas mengenai aktiviti ekonomi.

“Kita juga boleh mempertingkatkan saringan yang bersasar serta mengatur semula kos kit ujian RTK-Antigen bagi menjadikannya lebih berpatutan dan pada skala yang lebih besar, terutama untuk industri.

“Turut boleh dipertimbangkan ialah memperketat SOP untuk acara sosial selain larangan penuh perjalanan rentas negeri untuk sementara waktu.

“Selain itu, (turut boleh dipertimbangkan adalah) sektor ekonomi dan perniagaan dibuka dengan peraturan yang lebih ketat,” katanya dalam kenyataan itu.

Kerajaan, kata Azmin, akan sentiasa berusaha untuk memastikan pemulihan ekonomi namun ia tidak akan mengambil masa yang singkat.

Pemulihan ekonomi akan memakan masa yang lama sebelum benar-benar menunjukkan pertumbuhan positif selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tambahnya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat