SHAH ALAM – Selangor membatalkan jemputan ke atas penceramah agama dari Indonesia, Mohammad Ulul Azmi Askandar, atau lebih dikenali Gus Azmi, yang terkenal dengan tabiat merokok ketika memberi ceramah.
Menurut kenyataan Sektretariat Festival Darul Ehsan Berselawat, mereka telah membuat ketetapan meneruskan festival itu tanpa penglibatan penceramah tersebut.
Bagaimanapun festival yang diadakan di Setia City Park Oval Lawn di sini akan berlangsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.
“Segala keprihatinan pendukung Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami, ” jelas kenyataan media sektretariat terbabit.
Sebelum ini penyenaraian penceramah terbabit di Festival Darul Ehsan Berselawat di sini menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak kerana tabiat merokoknya di atas pentas bertentangan fatwa di Malaysia bahawa merokok adalah perbuatan haram di Malaysia. – SUARATV