Varian Baru Covid Dengan 32 Mutasi Kebal Vaksin Dikesan – Pakar Virologi

- Advertisement -

LONDON – Pakar-pakar memberi amaran mengenai sejenis varian baharu Covid-19 yang dikesan di tiga buah negara serta mempunyai daya tahan yang tinggi dalam melawan vaksin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Varian dinamakan B.1.1.529 itu mempunyai 32 mutasi dan dikesan di Afrika Selatan, Bostwana serta Hong Kong. Ia dilaporkan terhasil daripada varian sebelum ini yang dinamakan B.1.1.

Menurut laporan, kes jangkitan buat masa ini masih berada pada kadar dua angka.

Kes yang dikenal pasti di Hong Kong melibatkan seorang individu yang baru pulang dari Afrika Selatan. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa varian tersebut berkemungkinan telah merebak kepada penumpang pesawat yang dinaiki pesakit terbabit.

Selain itu, bilangan dan kepelbagaian mutasi virus tersebut telah meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pakar bahawa ia berpotensi menjangkiti individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Seorang pakar virologi dari Kolej Imperial, Dr. Tom Peacock berkata, mutasi virus baharu itu adalah ‘menakutkan’ jika dibandingkan dengan varian Delta.

“Saiznya yang panjang dengan jumlah mutasi yang tinggi mencadangkan bahawa varian baharu ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangi.

“Dengan terdapat 10 kes dikesan setakat ini, kita perlu memantau rapat perkembangan varian tersebut berbanding menyebarkan rasa panik,” katanya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat