Sanusi tak boleh hadam Pulau Pinang tak mampu bayar air mentah kepada Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah mengakui sukar untuk beliau menghadam jawapan balas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kononnya negeri itu tidak mampu untuk membayar bayaran air mentah kepada Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, tuntutan bayaran air mentah ini adalah untuk negeri dan rakyat Kedah.

Jelas beliau Kedah menuntut hak yang wajar dan munasabah daripada pengorbanan Kedah menyimpan kawasan tadahan ratusan ribu hektar.

“Dari situlah mengalirnya sungai-sungai membekalkan air mentah untuk minuman dan kawasan pertanian makanan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada saya- “Penang tidak mampu membayarnya, hasil kami tidak banyak”. Sukar sekali menghadamkan jawapan beliau.

“Hal ini kerana semua orang tahu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjana pendapatan dan keuntungan yang banyak daripada industri bekalan air kepada sektor industri, perkapalan dan domestik, daripada air mentah yang berpunca dari Kedah,” kata Sanusi dalam catatan di Facebooknya.

Dalam hantaran berkenaan Sanusi berkongsi foto pertemuannya bersama Kon Yeow di Istana Negara.

“Saya ambil kesempatan pertemuan di Istana Negara malam tadi untuk bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang secara berdepan dan berterus terang tentang bayaran air mentah kepada Kedah.

“Terima Kasih Menteri Belia dan Sukan yang merakamkan foto ini,” ucap beliau.

Sebelum ini pada Mei, Sanusi dilaporkan menuntut RM50 juta setahun daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda dan pampasan RM100 juta setahun daripada Kerajaan Pusat selepas menghentikan pembalakan di hutan Ulu Muda.

Ujar Menteri Besar Kedah itu, Pulau Pinang harus tahu membezakan antara bayaran air dan pampasan yang dituntut Kedah kerana ia adalah dua perkara yang berbeza.

“Sekarang ini Pulau Pinang yang guna air dari Kedah, tak kan nak suruh Kerajaan Pusat yang bayar air yang Pulau Pinang guna, itu pun tidak faham ke?

“Pampasan kita tahu nak minta, saya rasa cukup dah kot, Pulau Pinang patut berhenti bercakap, bayar sudah la,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya sudah menghantar beberapa cadangan dan pandangan pakar dari segi teknikal kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk proses timbang tara bagi mengatasi hal itu.

“KASA akan jadi moderator untuk urus hal tuntutan bayaran cas air kepada Pulau Pinang, dulu saya sudah beri ingatan.

“Sekiranya Pulau Pinang membayar caj air, kita akan mengambil kira kepentingan negeri itu dalam semua projek bekalan air di Kedah termasuk projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan baraj di Sungai Muda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat