PN ‘post-mortem’ kekalahan di Melaka, elak bertembung tiga penjuru kelak – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) kini dalam proses mencari kaedah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada masa depan,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PN berkata demikian susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak memihak kepada PN.

Menteri Dalam Negeri itu berpendapat, perkara itu harus dilakukan bagi mengelak berlakunya perpecahan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Apa yang penting kepada kita adalah bagaimana kita nak mencari satu kaedah untuk tidak ada lagi pertembungan (tiga penjuru).

“Itu lebih penting kepada saya daripada apa yang lain sebab yang penting kepada kita adalah rakyat maka sebab itu post mortem yang kita lakukan adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk kita ketengahkan dan berikan kepada pemimpin yang ada dalam negara,” katanya pada sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, ditanya hasil ‘post-mortem’ ketika ditanya hasil bedah siatan yang akan dibuat PN selepas kekalahan di PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan beberapa kumpulan dan badan-badan tertentu untuk menghasilkan data-data analisis yang lengkap pada PRN itu.

“Perbincangan telah ada semasa pusingan pertama post mortem dan kita telah bincang di mana PN telah mengadakan perbincangan bersama komponen parti dalam PRN Melaka baru-baru ini dan kita dapati ada pertambahan dari segi sokongan yang diberikan kepada PN,” katanya lagi.

Pada PRN Melaka minggu lalu, PN hanya mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manalaka Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dengan hanya memdapat lima kerusi DUN.

Barisan Nasional (BN) pula mencatat kemenangan bergaya apabila mendapat 21 kerusi ekoran pertembungan tiga penjuru pada PRN kali ke 15 itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat