Janna Nick berkorban demi habiskan penggambaran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Janna Nick yang dimasukkan ke hospital akibat vertigo meminta untuk keluar lebih awal bagi meneruskan penggambaran drama Shakira yang bakal ditayangkan di TV3.

Janna berkata, dia tidak sampai hati membuatkan pihak produksi dan individu lain terjejas akibat masalah kesihatannya.

“Terima kasih semua di atas kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan saya. Kerja kita ini membabitkan banyak orang dan saya tidak sampai hati membuat orang lain tertunggu-tunggu.

“Jadi, saya meminta untuk keluar lebih awal walaupun doktor mahu memberi cuti sakit lima hingga tujuh hari. Sebaik keluar hospital, saya terus ke lokasi penggambaran.

“Saya tahu ramai yang prihatin mengenai kesihatan saya tetapi ini adalah impak daripada pandemik sebelum ini. Bukan hendak bekerja ‘back to back’ sebaliknya banyak yang tertangguh akibat pandemik. Jadi, kita tidak boleh mementingkan diri saja. Kita perlu berkorban dari aspek mental dan fizikal,” katanya.

Janna yang sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat vertigo iaitu masalah membabitkan telinga atau bahagian serebelum otak yang berfungsi mengawal keseimbangan anggota badan.

Dalam pada itu, Janna turut berharap kerajaan tidak mengadakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana banyak pihak yang akan terjejas.

“Saya cuma harap tiada lagi ‘lockdown’ supaya perkara begini tidak akan terjadi lagi. Drama yang sepatutnya menjalani penggambaran selama tiga bulan berlanjutan sehingga tempoh tujuh bulan.

“Bayaran tetap sama namun kru dan pihak produksi tetap perlu melunaskan kerja yang tertangguh itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat