Jawatan Pengerusi Bersatu dimansuh?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatan Pengerusi Bersatu mungkin bakal dimansuhkan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu yang akan berlangsung Sabtu ini.

Dalam perhimpunan itu Bersatu dijangka akan meminda perlembagaan parti itu bagi memansuhkan jawatan pengerusi.

Laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber berkata perhimpunan itu, yang berlangsung secara dalam talian juga dijangka akan mengubah cara pemilihan parti.

“Perhimpunan agung ini akan meminda perlembagaan parti untuk selaraskan sistem pemilihan.

“Pindaan perlembagaan memansuhkan jawatan pengerusi pula akan menjadikan presiden sebagai pegawai tertinggi parti.

“Kita mansuhkan selepas Tun (Dr Mahathir Mohamad) tidak lagi bersama parti,” kata sumber seperti dipetik portal itu.

Cadangan itu sudah mula diutarakan pada Ogos lalu apabila ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pindaan itu perlu dilakukan agar hanya ada seorang pemimpin tertinggi dalam parti.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin memaklumkan perhimpunan agung tahunan parti itu akan dilaksanakan melalui sidang video.

Hamzah berkata persidangan itu akan disertai perwakilan dari seluruh negara yang berkumpul di pejabat badan perhubungan negeri di Alor Star, Kedah dan Seremban, Negeri Sembilan serta hotel yang telah ditetapkan untuk negeri lain.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) semalam juga memutuskan untuk mengangkat cadangan meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baru ahli bersekutu Bersatu, ke perhimpunan agung.

“Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, perhimpunan agung kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, sumber yang dipetik The Malaysian Insight juga memaklumkan yang Bersatu juga mahu meminda perlembagaan untuk membatalkan sistem pemilihan seorang ahli satu undi, yang pada masa ini dipakai untuk pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.

Sistem itu dimasukkan ke dalam perlembagaan melalui perhimpunan agung khas Bersatu pada 2019, bagi pemilihan parti yang berakhir Ogos lalu.

“Perhimpunan agung ini akan meminda perlembagaan parti untuk selaraskan sistem pemilihan,” kata seorang lagi sumber.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat