‘Amerika sudah kembali’ – Biden

- Advertisement -

WILMINGTON: Presiden yang dipilih, Joe Biden, semalam, menyifatkan ‘Amerika sudah kembali dan bersedia memimpin dunia’ ketika memperkenalkan barisan pembuat dasar dan diplomat veteran yang akan membentuk pasukan keselamatan nasional dan dasar luar di bawah pentadbirannya.

Biden, 78, menampilkan senarai pilihannya bagi setiausaha negara, penasihat keselamatan nasional, setiausaha keselamatan dalam negeri, ketua risikan, duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perwakilan perubahan iklim.

“Kakitangan perkhidmatan awam ini akan mengembalikan kepimpinan global dan moral, ” kata Biden bersama barisan enam ‘orang kanan’ yang berdiri di belakangnya dengan memakai pelitup muka.

“Pasukan ini akan menjadi cerminan kepada hakikat bahawa Amerika sudah kembali, bersedia memimpin dunia dan tidak akan mundur,” katanya yang merujuk kepada dasar Trump yang berdiri sendirian melalui ‘America First’.

Biden muncul dengan ucapannya selepas Trump dilihat semakin terkebelakang dalam usahanya membatalkan keputusan pilihan raya atas tuntutan penipuan yang tidak berasas.

Pennsylvania dan Nevada mengesahkan keputusan pilihan raya pada 3 November lalu semalam, sehari selepas Michigan melakukannya, iaitu tindakan yang menyebabkan Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) melancarkan proses peralihan.

Ketika lebih ramai anggota Parti Republikan tampil menuntut supaya jalan buntu ini diakhiri, Trump mengundurkan diri terhadap langkah GSA, sekali gus menunjukkan beliau mengakui kekalahannya.

Namun presiden itu, semalam memuatnaik ciapan gambar beliau berada di Pejabat Oval di Twitter dengan kapsyen ‘Tiada apa yang saya lepaskan’.

Trump, 74, kemudiannya menghadiri acara tradisi hari kesyukuran di Rumah Putih. Beliau secara tidak langsung bercakap mengenai pilihan raya dengan menyatakan ‘Saya katakan America First – ia tidak sepatutnya jauh daripada itu’.

Tindakan GSA itu sekali gus memberikan Biden akses terhadap maklumat rahsia dan akan membolehkan barisan ‘orang kanannya’ untuk mengatur dengan pegawai dalam menangani pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.

“Kami sudah berusaha untuk bertemu dengan pasukan COVID-19 di Rumah Putih. Jangkauan itu dilakukan secara telus,” kata Biden kepada NBC dalam wawancara TV pertamanya sejak memenangi jawatan presiden.

Biden berkata, pihaknya akan berusaha menangani krisis COVID-19, membatalkan dasar Trump yang merosakkan alam sekitar dan mendorong pihak perundangan untuk menawarkan warga negara kepada jutaan penduduk yang tidak mempunyai dokumen. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat