PARLIMEN: Sesi Dewan Rakyat dilanjutkan hingga 3 petang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan sejam sehingga jam 3 petang hari ini.

Usul untuk melanjutkan sidang itu diluluskan sebulat suara selepas dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau membentangkan usul mengikut peraturan 12(1) sebelum disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Lanjutan masa sejam itu membolehkan sidang dewan memberi masa kepada lebih ramai menteri menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.

Setakat ini, sebanyak 19 kementerian belum menggulung perbahasan RUU menjelang sesi undian esok, iaitu sebaik selesai penggulungan terakhir oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Situasi itu memungkinkan sesi undian bagi RUU berkenaan berlanjutan sehingga malam esok.

Dewan Rakyat sebelum ini menetapkan sidang berjalan sehingga jam 2 petang sebagai sebahagian dari langkah membendung penularan COVID-19.

Had masuk Ahli Parlimen ke dalam dewan juga dihadkan untuk 80 Ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat