Tiada Sebarang Rakaman Video Najib Ketika Dalam Penjara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada sebarang rakaman video yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di premis penjara seperti didakwa.

Malah dalam kenyataan media bertajuk “Tular Video Rakaman Banduan di Stesen TV” Jabatan Penjara memaklumkan rakaman dibuat Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan semalam dirakam sebelum Najib dipenjarakan.

“Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.

“Hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan,” jelasnya.

Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” tegas Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat