PM Ucap Takziah Pemergian Ibu Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakam ucapan takziah kepada Datuk Seri Azalina Othman Said atas pemergian ibunya, Datin Salamah Sheikh Ahmad pagi tadi.

“Menerima perkhabaran sedih pemergian Datin Salamah Sheikh Ahmad, bonda kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, pagi tadi.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Azalina dan keluarga atas kehilangan bonda yang tersayang.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan roh mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat