PRU15 medan kuburkan hayat politik Tun M, Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah medan menamatkan hayat politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan hal ini kerana kedua-dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian lama.

“Kita mesti jadikan PRU15 medan menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad kerana dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Lenggong itu juga menegaskan bahawa Anwar bukan aset penting negara malah kehadirannya di Tambun tidak memberi kesan.

“Anwar tiada jasa di Tambun Perak dan beliau bukan aset penting yang mesti diberikan kemenangan.

“Malah ini kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar. Jadi biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar hilang pengaruh di sini,” ujarnya.

Shamsul Anuar juga menyebut mengalahkan Anwar bukan bermakna kita bagi kemenangan kepada Bersatu kerana Bersatu juga mesti dikalahkan.

“Kita yakin pertandingan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon BN.

“Saya yakin kehadiran Anwar akan meningkatkan motivasi serta semangat jentera BN Tambun dan BN Perak untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

“Saya harap kita sedar. Pimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk Anwar sering bertukar kawasan bertanding setiap kali PRU kerana semasa mereka menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat. Sebab itu mereka berpindah kawasan,”dakwa beliau.

Shamsul Anuar menambah Anwar dari Port Dickson ke Tambun maka pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah dan sebaiknya memilih BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat