Shafie Apdal gesa perpaduan bukan darurat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perpaduan dikalangan ahli politik merupakan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara hari ini bukan darurat, kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam satu kenyataan, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan, darurat bukan pilihan untuk negara ini sebaliknya perpaduan merupakan penyelesaiannya ketika berdepan detik sukar ini.

“Saya memohon kepada semua pemimpin di negara kita yang dikasihi untuk mengetepikan perbezaan kita dan bekerja bersama-sama untuk mengatasi cabaran terbesar yang sedang kita hadapi, dan mengutamakan Raja, negara dan rakyat di atas semua masalah lain,” katanya.

Ahli Parlimen Sampoerna itu berpendapat negara harus terus maju dan rakyat tidak boleh dirugikan.

Shafie menekankan bahawa inilah masanya untuk ketepikan perbezaan termasuk agama dan bangsa serta bergabung untuk melawan musuh yang sebenarnya.

“Kami mungkin tidak sepakat dalam banyak perkara, tetapi pada masa ini, saya rasa kami boleh bersetuju dengan satu perkara – kami menyintai negara kita ini.

“Semoga Allah memberi kita semua hidayah dan petunjuk untuk memilih jalan yang benar dan betul demi kepentingan negara,” kata Shafie, yang juga ahli parlimen Semporna.

“Keruntuhan ekonomi global dan domestik (akibat dampak Covid-19) yang membinasakan dan memberi kesan terhadap kehidupan setiap rakyat Malaysia adalah musuh sebenar,” katanya lagi.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa semua pihak agar ketepikan ego dan pecahkan tembok kepartian demi Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat