Pas yakin PH akan hilang kuasa pada PRU16, Pulau Pinang mungkin dirampas dari DAP – Mohd Amar

KUALA LUMPUR – Pas yakin Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) susulan perkembangan politik semasa termasuk keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor dan Negeri Sembilan yang disifatkan memberi bayangan terhadap perubahan sokongan rakyat.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gelombang kejatuhan PH itu dijangka semakin kuat sekiranya perkembangan di Melaka berlaku seperti yang dirancang, malah Pulau Pinang juga berkemungkinan menyaksikan kejatuhan PH.

“Kalau di Melaka ini berjalan sepertimana kita rancang, maka gelombang tersebut semakin kuat. Malah di Pulau Pinang juga berkemungkinan bakal menyaksikan kejatuhan PH.

“Kita kena baca secara meluas dan antara faktor perlu dilihat adalah kenapa DAP tidak keluar daripada Kerajaan Perpaduan (susulan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Ilmu, lapor Utusan di Kelantan.

Mohd Amar berkata, keputusan DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan memberi bayangan ketakutan parti itu terhadap suasana politik semasa yang memungkinkan mereka mengalami kekalahan besar jika tidak bersama PH.

“Kalau DAP keluar (PH), dia akan berbalah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah). Jadi undi-undi Melayu yang ada sedikit-sebanyak tidak berpusing kepada mereka.

“Kesan paling besar yang kita peroleh daripada satu kajian baru-baru ini, jika situasi tersebut berlaku, DAP mungkin hilang Pulau Pinang,” katanya menurut akhbar itu lagi.-

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata, kesan krisis adat Negeri Sembilan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pas yang membentuk kerajaan negeri bergantung kepada bagaimana isu tersebut diuruskan.

Katanya, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan kepada rakyat bagi memperbetul naratif yang menuduh BN dan Pas menjatuhkan Yang Dipertuan Besar.

“Paling utama adalah bagaimana kerajaan negeri memberi penjelasan kepada rakyat. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim perlu memperbetul naratif yang menuduh BN dan Pas menjatuhkan Yang Dipertuan Besar.

“Kerajaan negeri perlu membuktikan naratif itu bertujuan memburukkan imej mereka dan memastikan rakyat faham bahawa, sebenarnya ia adalah keputusan Undang yang empat, sementara Menteri Besar dan Exco hanya melaksanakan perintah,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat