KUALA LUMPUR – Gelombang ‘Justice for Zara’ membuktikan bagaimana satu isu boleh menyatukan rakyat seperti tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu menggambarkan ‘Justice for Zara’ mencerminkan kekecewaan yang mendalam dan tidak lagi boleh diabaikan.
“Untuk sekian lama, silent majoriti memilih untuk diam. Bukan kerana mereka setuju, tetapi kerana mahu elak konflik dan meneruskan kehidupan seharian.
“Namun bila isu yang dekat di hati rakyat mula mengganggu kehidupan mereka, rasa diam itu perlahan-lahan bertukar menjadi protes senyap.
“Bila mereka yang biasanya diam mula bersuara, bila perbualan bertukar kepada soal keadilan dan masa depan, dan bila rakyat mula hilang keyakinan terhadap sistem yang ada itu tanda jelas silent majoriti sedang bergerak,” tegas Bendahari Umno Sabah itu.
Dan katanya, apabila ketidakpuasan hati ini bertukar menjadi gerakan terbuka, ia bukan lagi sekadar rasa dalam hati.
“Ia menjadi sebuah movement rakyat berani, lantang, dan bukan mudah dihalang,” kata Salleh.



