Sule nafi bekas isteri hamil

- Advertisement -

Jakarta: Pelawak dan pengacara, Sule, 45, menafikan bekas isterinya, Nathalie Holscher, 29, kini hamil anak kedua selepas mereka sah bercerai di Pengadilan Agama Cikarang pada 10 Ogos lalu.

Menerusi temubual di saluran YouTube SCTV, Sule menegaskan berita tersebar itu palsu kerana sekiranya Nathalie betul-betul hamil, pasti dia sudah mengetahuinya dulu.

“Kalau menurut saya, itu berita hoaks (palsu). Kalau memang dia (Nathalie) hamil pasti dia sudah telefon memberitahu saya seperti tahun lalu (ketika mengandung Adzam),” katanya.

Bagaimanapun, Sule lebih selesa melihat perkongsian berita palsu itu ke arah positif sebagai doa yang baik dan mengharapkan agar dia dan Nathalie rujuk semula.

“Mungkin juga yang membuat berita itu inginkan kami bersatu (rujuk). Jadi, kita ambil positifnya saja kerana itu doa. Kita juga tidak tahu ke depannya nanti seperti apa,” katanya.

Terdahulu, Sule dan Nathalie bernikah pada 15 November 2020 di Tsamara Resto, Jawa Barat selepas rapat pada Julai, tahun yang sama.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Adzam Andriansyah yang lahir pada 11 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan lalunya, Sule sudah memiliki empat anak dan salah seorangnya ialah penyanyi, Rizky Febian.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat