Mizz Nina menangis, luahan hati dalam ceramah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Allah tahu yang terbaik buat kita semua,” demikian ucapan penyanyi Mizz Nina sambil menyeka air mata ketika menjayakan forum keagamaan dan kemanusiaan, baru-baru ini.

Detik menyentuh hati dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @ejust4u yang dipercayai dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput menghadiri Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute pada 21 Ogos lalu.

Video perkongsian Mizz Nina dengan tajuk A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure itu berjaya menyentuh hati ramai yang tidak pernah melihatnya menangis.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, dalam suara tersekat-sekat berbicara mengenai ujian diberikan Allah SWT terhadap setiap hamba-Nya. Mengambil contoh, wanita yang kehilangan suami.

“Dalam kesenangan kita bersyukur. Dalam kesukaran kita bersabar. Dan sekiranya kita boleh bersyukur dalam kesukaran, Subhanallah.

“Kita kena beringat sentiasa ada sesuatu yang berlaku. Allah meminta doa dalam tiga cara, sama ada akan memakbulkan, memberikan musibah atau simpan untuk di syurga kelak.

“Dan teruskan berdoa dan beribadah. Walaupun doa tidak dimakbulkan, tetapi doa akan ditulis sebagai satu ibadah untuk akhirat. Jadi, jangan bersedih dan terus berdoa,” katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (IG), Mizz Nina juga berkongsi, dia nyaris membatalkan kehadirannya ke majlis itu.

“Ada momen saya berfikir adakah mahu membatalkannya. Sebab mungkin saya tidak bersedia berdepan dengan penonton di persidangan secara langsung yang besar.

“Saya gembira tidak menyerah kepada pemikiran negatif dan memutuskan untuk hadir, terus berjalan ke hadapan dan menganggapnya sebagai satu proses penyembuhan,” katanya.

 

Awal bulan ini, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perceraian selepas 11 tahun berumah tangga. - Foto IG Mizz Nina
Awal bulan ini, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perceraian selepas 11 tahun berumah tangga. – Foto IG Mizz Nina

 

Tambahnya, ia adalah satu permulaan baik selepas apa yang dilaluinya.

“Saya bersyukur dengan peluang ini. Alhamdulillah. Saya meninggalkan majlis dengan hati lebih lembut dan penuh, mengetahui Allah menyayangi saya dan mahukan terus melakukan apa yang ingin saya buat, insya-Allah.

“Saya ada banyak perkara yang perlu diusahakan. Dengan diri, hati, ibadah dan kemahiran saya berhubung pertuturan serta pembentangan.

“Saya tak tahu apa yang dirancang untuk saya, tetapi saya tahu ia adalah yang terbaik buat saya. Saya tidak akan membiarkan syaitan berseronok melihat saya duduk diam dan tidak melakukan dakwah,” katanya.

Persidangan itu turut mengundang selebriti seperti Lisa Surihani dan Neelofa dan suaminya, PU Riz membuat perkongsian.

Awal bulan ini, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perceraian selepas 11 tahun berumah tangga.

Pasangan berkenaan membuat keputusan berpisah selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum mengakhirinya dengan cara yang baik.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat