‘Tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Attar, bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya. Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah.”

Itu luahan pelakon popular, Aeril Zafrel yang ditujukan kepada anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang menyambut ulang tahun kelahiran kelapan, semalam.

Aeril juga suami kepada pelakon Wawa Zainal dalam coretannya yang dimuat naik di Instagram berkata, dia sentiasa menitip pesan buat anaknya itu sebagai pedoman untuk waktu mendatang.

“Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari reda Allah adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. Insya-Allah, pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, kita takkan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari reda manusia adalah hal yang sia-sia.

“Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan mencintai dan dicintai Tuhan,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Aeril mendoakan semoga Attar sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT.

“Mudah-mudahan di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, Allah selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah’ bagi ayah dan mama.

“Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu,” katanya.

Dalam masa sama, Aeril mahu setiap pesanan yang dititipkan menjadi pedoman sampai bila-bila.

“Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingatkan juga janji mereka pada ayah dan mama.

“Sungguh iman da taqwa tak dapat diwarisi, tapi Attar terimalah ini sebagai wasiat iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan da mahu anak-anaknya selamat dan menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat